Tuesday, December 8, 2009

ISTIQAMAH- Istiqamah bermaksud tetap teguh dan terus mempertahankan pendirian yang asal, tidak berganjak dan tidak juga berundur walau apa pun berlaku dan bakal dihadapi. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada usaha yang bermanfaat yang dituntut ke arah kebaikan Islam. Contoh yang dapat dilihat ialah pengorbanan tokoh yang terdahulu yang tinggi istiqamah mereka dan rela mati daripada berundur daripada pegangan Islam yang dianuti.Antaranya teladan yang ditunjukkan oleh Yassir dan isterinya Sumaiyah, sehingga Sumaiyah akhirnya mati dibunuh kerana mempertahankan akidah. Seorang sahabat, Sufyan Ibn Abdullah pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku tentang satu pegangan hidup dalam Islam yang tidak perlu lagi aku ajukan soalan-soalannya yang lain. Lantas baginda menjawab, katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian tetap teguh (istiqamahlah) pada pendirian itu". (Riwayat Muslim) p/s: Ya Tuhanku tetapkan hatiku supaya istiqamah dalam melakukan sesuatu yang baik demi agamaMu.... Doa untuk ketetapan hati dan Rahmat "Wahai Tuhan Pemelihara kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau tunjuki kami dan berikanlah kami rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." (Surah Ali Imran:8)

No comments:

Post a Comment

Islamic Widget