Monday, November 30, 2009

PAHALA BAGI MEREKA YANG SABAR MENGHADAPI MUSIBAH Allah S.W.T berfirman, maksudnya: “ (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’un’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah: 156-157) Umar bin Al-Khattab berkata: “sebaik-baik dua keadilan dan keutamaan” “Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya….” Disebutkan oleh Al-Bukhari secara mu’allaq. Allah juga berfirman: Ertinya: “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. Alqamah dan banyak ulama tafsir lain menyatakan: “Yang dimaksudkan adalah musibah yang menimpa seseorang lalu seseorang itu tahu bahawa ia berasal dari Allah, dan dia pun redha dan menerimanya”. Ikrimah meriwayatkan secara mursal bahawa lampu Nabi pada suatu malam terpadam, lalu baginda bersabda: “Innaa lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Ada yang bertanya: “Apakah ini musibah wahai Rasulullah?” baginda menjawab: “betul”. Segala yang menyusahkan kita adalah musibah. Dalam Sahih Al- Bukhari dan Muslim diriwayatkan dari hadith Abu Said dan Abu Hurairah. Bahawa keduanya pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Setiap musibah yang menimpa mukmin, baik berupa wabak, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti Allah akan menjadikannya pengampun dosa-dosanya Dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim dari Urwah, dari Aisyah bahawa ia berkata: Rasulullah bersabda: “Setiap musibah yang menimpa seorang muslim, pasti Allah mengampuni (sebahagian) dosanya, meski hanya duri yang menusuk kakinya”.
BERKAITAN UCAPAN KALIMAH ISTIRJA’ : “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN” Allah telah menjadikan kalimah istirja’ (ucapan inna lillahi wa inna ilaihi raji’un), sebagai tempat berlindung dan tempat bernaung mereka yang terkena musibah, juga untuk memelihara orang-orang yang mengalami cubaan dari syaitan agar tidak menguasai orang-orang tersebut dan mengganggu fikiran mereka dengan perkara-perkara yang buruk, sehingga hilanglah ketenteraman dan terungkaplah apa yang seharusnya tersembunyi. Dengan demikian, mereka harus kembali dengan kalimah istirja’ yang meliputi berbagai makna kebaikan dan keberkatan. Kerana ucapan “inna” (sesungguhnya kami), adalah tauhid atau pengakuan hak Allah sebagai sesuatu yang disembah dan pemilik kekuasaan. Sementara ucapan: “inna ilaihi raji’un” (dan kepada-Nyalah kami kembali), adalah pengakuan bahawa Allah akan mematikan kita dan membangkitkan kita kembali, yakni keimanan bahawa Allah memiliki kekuasaan di dunia dan menjadi sandaran di akhirat. Keimanan bererti keyakinan, bahawa segala urusan itu kembalinya kepada Allah semata. Petikan dari buku تسلية أهل المصائب -taslih ahli masa’ib (penawar bagi orang yang ditimpa musibah).
DOA ORANG TERTIMPA MUSIBAH انا لله وانا اليه راجعون اللهم اجرني في مصيبتي وأخلف لي خيرا منها “Sesungguhya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami akan kembali (di hari kiamat). Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibahku). BACAAN DAN PERBUATAN APABILA TUBUH/TEMPAT MERASA SAKITضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل: بسم الله، ثلاثا، وقل سبع مرات: أعوذ بالله وقدرتك من شر ما أجد وأحاذر. Letakkan tangan pada tubuh/tempat yang sakit, dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah: Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari kejelekan sesuatu yang aku jumpai dan aku takuti”.
p/s: Ya Allah berilah aku kekuatan atas segala mehnah-Mu di dunia dan akhirat… Buat sahabat-sahabat yang di timpa musibah pada waktu ini.. saya doakan semoga Allah berikan kekuatan iman kepada kalian dan kesabaran yang tinggi.. sesungguhnya ganjaran Allah sedang menunggu… ingatlah Firman Allah.. sesungguhnya Allah bersama orang-orang sabar.. Ameen… الحمد لله الذي عافاني مما ابتلاك به على كثير ممن خلق تفضيلا “segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari sesuatu yang Allah beri cubaan kepadamu. Dan Allah memberi kemuliaan kepadaku, melebihi orang yang banyak” (doa apabila melihat orang yang mengalami musibah)

Sunday, November 22, 2009

Friday, November 20, 2009

Wednesday, November 18, 2009

مبروك اصدقائي (TAHNIAH SAHABAT-SAHABATKU)

Mabruk atas kejayaan antum di dalam bidang masing-masing setelah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universitiku yang tercinta… mabruk kepada sahabat-sahabatku yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya samaada master atau PHD di dalam negara dan luar negara … terutama sahabatku yang bukan sekadar sahabat tetapi mua’llimah kepadaku dan sahabat yang lain.… mabruk2 yang tidak terhingga.. Alhamdulillah ana bangga di atas kejayaan antunna… Husniyah binti Salleh dan Nurun Najua binti Ja’far. Tanya pada diriku … Allahua’lam…. Mungkin masih belum ada rezeki untukku melanjutkan pelajaran…. Mungkin rezekiku masih di sini….. Ya Allah.. HasbiaAllahu wa nikmal wakil………

Monday, November 16, 2009

DEMI MASA

SURAH AL-'ASR Masa yang dimaksudkan pada surah ini ialah bagaimana atau sejauhmanakah masa itu dihargai oleh seseorang hamba Allah terutama dari segi pengabdian diri kepada Allah. Jika kita hayati ayat-ayat yang terkandung di dalam surah ini, begitu cantiknya Kalamullah ini iaitu Allah memerintahkan setiap hambanya untuk menghargai masa. Sekiranya kita menghayati maksud ayat-ayat ini sudah cukup menjadikan kita sebagai hamba Allah yang soleh dan solehah. Kenapa? Mari kita lihat maksud ayat daripada surah ini. “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali bagi orang-orang yang mengerjakan amal kebaikan dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.” Bagaimana untuk kita mengelakkan diri dari menjadi seorang yang rugi? Jawapannya kita haruslah melakukan amal kebaikan. Amal kebaikan ini ialah melakukan sesuatu itu dengan niat untuk beribadah kepada Allah. Ibadah sebenarnya tidak hanya difokuskan dengan melakukan semua rukun Islam yang sememangnya fardu terhadap semua Muslim seperti solat, puasa, zakat, dan mengerjakan haji. Tetapi ibadah merangkumi semua aspek yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan seharian sekiranya niat itu kerana Allah S.W.T. Contohnya bekerja dan menuntut ilmu (belajar), ia juga merupakan suatu ibadah, jika kita niat bekerja dan belajar itu kerana Allah , InsyaAllah kita mendapat pahala ibadah. Selain itu bersedekah, mewaqafkan harta, menyampaikan ilmu dan dakwah merupakan amal kebaikan yang merupakan saham yang tinggi di akhirat kelak. Ingatlah... sesungguhnya kita hidup dunia ini adalah untuk taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah). Sebagai hamba Allah kita seharusnya tahu tujuan kita diciptakan. Firman Allah S.W.T: “dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepada-Ku” (Surah Al-Zaariyat: 56) Allah juga telah mengingatkan kita dalam kitab-Nya: “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan” (Surah Al-Kahfi: 46). Di dalam hadith: Sabda Rasulullah S.A.W.: “Apabila matinya anak adam terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya”. (Hadis riwayat Muslim). Maka jadikanlah dunia ini sebagai kebun tanaman untuk kita melakukan amal kebaikan, yang mana diakhirat kelak kita akan dapat menuai hasilnya. Hargailah masa kita hidup di dunia ini. Janganlah disia-siakan umur kita yang singkat ini…… Renungilah…….. Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara: Masa muda kamu sebelum masa tuamu Masa sihatmu sebelum sakit Masa kaya sebelum miskin Masa lapang sebelum sibuk Masa hidup sebelum mati

Monday, November 9, 2009

Doa untuk membasmi kelupaan: اللهم افتح علي فتوح العارفين بحكمتك وانشر علي رحمتك وذكرني ما نسيت يا ذا الجلال والإكرام
TIPS BUAT PELAJARKU: MENGULANGKAJI PELAJARAN 1. Kualiti bukan kuantiti- kenalpasti sejauh mana produktiviti anda dalam mengulangkaji. Bukan soal berapa banyak masa, tetapi berapa banyak yang dihasilkan. 2. Buat senarai tugasan untuk setiap ulangkaji. 3. Bukan mengulangbaca tetapi "mengulangkaji". 4. Berlatih menjawab soalan-soalan peperiksaan. 5. Buat kerangka jawapan. 6. Buat kesimpulan dan rumusan. Ingatlah, tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini. Tidak salah untuk melakukan kesilapan, tetapi yang salah ialah tidak belajar daripada kesilapan dan mengulangi kesilapan yang sama. Teliti teknik ulangkaji anda sebelum ini dan berusahalah untuk menjadikannya lebih baik lagi. Selamat menjadi pelajar cemerlang....

Sunday, November 8, 2009

bittaufiq wannajah fil imtihan

Doa saya untuk semua... Good luck for final exam.. untuk semua pelajar.. terutama student saya di Kolej Uniti.. MPW 1143, DIB 2202 dan DIB 3102.. Semoga Allah memberkati segala ilmu yang saya curahkan buat kalian... semoga berjaya..

Islamic Widget